Monday, October 15, 2018

PENGURUSAN PEMBELAJARAN

PENGAJIAN PENDIDIKAN

Pengajian pendidikan berasaskan:

1.Sosiologi Pendidikan(KPS)
2.Psikologi Pendidikan(KPP)
3.Falsafah Pendidikan(KPF)
4.Pedadogi(KPD)
5.Penilaian dalam Pendidikan(KPN)
6.Teknologi Pendidikan(KPT)



SOSIOLOGI PENDIDIKAN :

Sosiologi

Sosiologi merupakan kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut;

Masyarakat:

  • Kumpulan manusia saling berhubung yang membentuk jalinan yang melahirkan pelbagai fenomena sosial
Sistematik dan saintifik :
  • Penting dalam pendidikan kerana bidang pendidikan mempunyai ciri-ciri sains

Selain itu juga sosiologi turut melibatkan manusia, oleh itu skop kajian adalah sangat meluas.

Sumber: https://www.scribd.com/document/89431735/Sosiologi-Dan-Pengurusan-Pembelajaran



PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Sosiologi: teori lahir daripada masyarakat yang menjadi objek dan subjek kajian.


3 teori utama:

  • Fungsionalisme 
  • Konflik
  • Interaksionisme simbolik

1. Teori Fungsionalisme
  • Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang menyumbangkan kepada penerusan masyarakat.
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran keharmonian dan perjalanan masyakat.
  • Masyarakat diibaratkan sebagai satu organisma yang yang mempunyai peranan tersendiri 

2.Teori Konflik
  • Manganalisis konflik-konflik dalam masyaramat 
  • Berlaku konflik dalam struktur masyarakat
  • Mengkritik kapitalisme
Sumber :

Sumber Teori Fungsionalisme dan Teori konflik:
https://dhayassamaronjie.wordpress.com/makalah/sosiologi-dakwah/teori-fungsionalisme-struktural-teori-konflik/


3.Teori Interaksionisme simbolik


  • Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
  • Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif
  • Makna adalah sesuatu yang dirunding
  • Jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat


1 comment:

PENGURUSAN MURID Maksud Pengurusan Murid: Pengurusan murid merupakan satu bidang yang amat penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaa...